Wednesday, December 20, 2006

Fikir-fikirkan

Benarkah Insuran Haram Menurut Islam?

Benarkah Insuran Haram Menurut Islam?



SEBAB INSURAN BERSIFAT PERNIAGAAN MENJADI HARAM ?

Ia adalah satu perbincangan 'ilmiah & sebenarnya memerlukan 'basic knowledge' tertentu yg agak luas untuk memahaminya dgn sempurna, bgmnpun penulis akan cuba memudahkan dalil2 ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan org awam. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kpd Ulama Takhassus Fiqh di Universiti2 bg penjelasan dgn lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dlm bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut :-



- Pembahagian kpd Aqad Mu'awadat (Pertukaran) & Tabarru'ah (Derma @ Sumbangan)

- Riba & pembahagiannya

- Syarat jual beli dalam Islam.

- Jual beli Gharar dan pecahannya.

- Serba sedikit tentang Qias (Perbandingan Hukum).



Begitulah serba sedikti ilmu asas yg diperlukan bagi melahirkan kefahaman jitu dlm masalah ini.

Menurut kumpulan pertama, Insuran bersifat perniagaan adalah haram kerana :-



1. Terdapat Unsur Riba.

• Riba jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kpd si pencarum yg terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang (dari syarikat) dgn jumlah yg berbeza, padahal wang merupakan item ribawi (usurious items) sbgmn 6 item yg disebutkan Nabi di dlm hadithnya. Nabi SAW telah mensyaratkan dgn jelas dan terang, apabila bermu'amalah di antara dua item ribawi yg sama jenis (cth di sini wang RM dgn wang RM), mestilah dgn syarat:



a. Sama timbangan (mathalan bi mathalin – jika melibatkan timbangan spt beras, gandum, garam dan lain2)

b. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)

c. Diserahkan di ketika mu'amalah di lakukan. (yadan diyadin)



Syarat ini bersumber dari hadith :



Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain.." ( Al-Bukhari & Muslim)



Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dgn pulangan perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama..



Maka setiap perbezaan timbangan atau nilai (dlm item ribawi) di anggap Riba al-Fadl yg diharamkan (Tahrim wasail). Apabila pencarum mendapat pulangan wang dgn jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini. Iaitu TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DLM URUSNIAGA DUA ITEM RIBAWI.



Manakala pembayaran bertangguh dlm 2 brgn ribawi adalah Riba An-Nasi'ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm al-Quran.



Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu. Inilah dinamakan Riba An-Nasiah. Prof. Dr Muhd Baltaji, menjelaskan bhw kontrak insuran ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah ini. Beliau juga menegaskan bhw mana2 hujah utk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yg tidak sah menurut pandangan syarak Justeru Insuran mempunyai kedua2 jenis Riba lalu ia digelar Riba An-Nasa'



• Perlu disedari bhw insuran biasa yg byk terdpt di Malaysia hari ini adalah bersifat perniagaan (Takmin Tijari) yg mana, syarikat insuran mengganggap usaha mereka adalah sbg satu perniagaan yg bertujuan mencari keuntungan. Justeru, secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan syarikat adalah termasuk katergori Aqud Mu'awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dgn cara Perniagaan. Semua kontrak yg terlibat dgn item ribawi mestilah menjaga 3 syarat yg disebutkan dia atas tadi. Jika tidak ia akan jatuh ke hukum Riba yg diharamkan.



• Walapun adakalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan dari carumannya bahkan hanya utk merasa lebih selamat terhdp keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dsbgnya, tetapi ia tetap dianggap riba. Zahir urusniaga insuran tadi cukup untuk mengkategorikan ia sbg riba, walaupun maksudnya tidak selari dgn riba yg sebenarnya (iaitu mencari untung). Berapa byk kes yg telah ditemui, terdpt individu yg sengaja menghilangkan kereta utk meraih wang insuran, pembunuhan ahli keluarga utk mendpt wang insuran bernilai jutaan RM dan lain2.



• Riba juga boleh berlaku dgn sgt jelas apabila wang caruman tersebut diperniagakan oleh syarikat insuran di dalam syarikat lain dgn kadar faedah tetap yg diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana2 syrkt yg bermu'amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang tadi. Malah lebih teruk kiranya, syrkt insuran meletakkan wang itu di dlm syrkt yg melakukan urusniaga haram spt arak, judi dan lain2.





2. Terdapat unsur ketidaktentuan (gharar).

Nabi SAW bersabda dalam hadith yg shohih bhw Baginda "Melarang drpd urusniaga yg mengandugi gharar" (Riwayat Muslim)

Ia berlaku apabila, kedua2 pihak (pencarum & syarikat) saling tidak mengetahui apa yg akan berlaku, bilakah musibah akan menimpa?, minggu depan, tahun depan ? dsbg.. Ia adalah satu kontrak yang dibuat berlandaskan andaian (ihtimal) semata2.



Sekiranya A mencarum RM 1000 hari ini, tiba2 berlaku kehilangan keretanya esok, maka mungkin jumlah insuran yg akan diperolehinya berlipat kali ganda berdasarkan pakej insuran syarikat tertentu. Bukankah ini membebankan syarikat, dgn itu ketidak adilan berlaku terhdp syrkt. Begitu juga, kiranya pencarum mencarum sehingga suatu jumlah RM 100,000 sedangkan kereta tidak pernah ditimpa musibah selama 30 tahun. Sudah tentu pencarum akan tertanya2 bgmn wangnya? Adakah akan hangus begitu shj ? malah kiranya ditimpa musibah, kemungkinan jumlah yg diperolehi ¼ dari carumannya. Bukankah pencarum pula yg tertindas?.



Ini lah yg disebut ketidak tentuan (gharar) yang dilarang di dlm Islam, Kehebatan system Islam dlm urusniaga amat mengambil berat hal ini, agar kedua2 pihak tidak dizalimi atau terzalim. Kerana itu Islam mensyaratkan beberapa syarat sah urusniaga Jual Beli, tanpanya jual beli dan kontrak menjadi rosak, antara syaratnya :-



a. Timbangan yg maklum (diketahui jelas–kiranya jenis yg ditimbang)

b. Barang & harga yg jelas dan dimaklumi (tidak boleh harga yg dijahili ketika beli)

c. Penjualan barangan tidak dihadkan kpd tempoh tertentu masa yg jelas.

d. Mempunyai tempoh tangguh yg dimaklumi (samada tempoh serah barang mahupun harga), iaitu kiranya melibatkan urusniaga jualan tangguh.

e. Redha kedua2 pihak dgn urusniaga yg dijalankan.

f. Sama Nilai & timbangan serta penyerahan di dlm majlis yg sama tanpa tangguh dalam urusniaga item ribawi.



Menurut Islam, gharar ini merosakkan Aqad. Demikian Islam menjaga kepentingan manusia dlm aspek ini. Al-Imam An-Nawawi menyatakan, larangan gharar dlm urusniaga Islam mempunyai peranan yg begitu hebat dlm menjamin keadilan. Cth Jual beli gharar ini adalah membeli atau menjual anak lembu yg masih dlm keadaan janin dlm perut ibunya, Menjual burung yg terbang di udara. Ia menjadi gharar krn tidak dpt dipastikan sempurnakah janin yg akan dilahirkan, dpt kah ditangkap burung itu. Maka kiranya dibayar harga, tiba2 brgan tidak sempurna, lalu pembeli tidak puas hati, hingga terjadi permusuhan & pergaduhan. Islam melarang gharar demi mengelak kejadian spt ini. Bgmnpun, Islam memaafkan gharar yg sedikit yg tidak dpt dielakkan serta yg diyakini tidak menjejaskan urusniaga. Byk lagi dlm aspek lain menunjukkan toleransi urusniaga Islam yg sukar utk diperkatakan di dalam penulisan yg ringkas terfokus ini.



Jika kedua2 pihak saling meredhai dan menjamin tiada pertelingakahan akan berlaku, kontrak tadi secara zatnya tetap termasuk dlm rangkuman bay' al-gharar yg diharamkan. Walaupun nisbah peratusan atau kadar bayaran telah ditentukan agar pencarum maklum, ia tetap juga tidak tahu, bilakah musibah akan berlaku. Justeru tetap ada gharar di situ.



3. Terdapat unsur Perjudian.

Judi jelas diharamkan oleh Allah SWT di dlm al-Quran tanpa syak lagi. Insuran mengandungi unsur ini krn ia berkait dgn nasib samada berlaku musibah atau tidak berlaku. Adakala apabila musibah berlaku, pencarum mendapat pulangan lumayan & dikira untung, mungkin juga sebaliknya. Inilah unsur judi yang dimaksudkan. Demikian menurut As-Syeikh Bakhit al-Mut'ie dlm risalahnya hlm 14, juga ulama' lain. Pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dgn carumannya yg sedikit, ia boleh mendapat sejumlah wang yg lumayan kiranya berlaku musibah. Ini juga suatu perjudian.

Bgmnpun Prof. Mustafa Zarqa' menolak insur ini terdpt di dalam Insuran dgn katanya : "Sesungguhnya judi adalah suatu permainan yg bergantung kpd nasib dan ia bertentangan dgn akhlak kemanusiaan..Di mana letaknya anggapan insuran bersifat judi sedangkan ia adlh suatu system yg tegak di atas dasar bantu mengurangkan bebanan manusia lain ketika ditimpa musibah.."

Syeikh Muhd Abu Zuhrah menolak hujjah ini krn terdpt pada insuran unsur 'mukhatarah' (nasib dan musibah dan bahaya). Dr Muhd Baltaji menambah, bhw inilah sebab utama ia dianggap judi yg diharamkan, aspek samada ia boleh membawa permusuhan atau tidak bukanlah sebab utama. Malah jelas bhw insuran adalah suatu kontrak yg dibuat terhdp satu perkara yg tidak pasti dari kedua2 pihak. (kedua pihak tidak tahu jumlah yg diperolehi dan apa pula yg akan dibayar)

Apa yg disebut oleh Syeikh Zarqa' hanyalah suatu pandangan yg tidak dpt lari dr hakikat bhw unsur judi wujud dlm insuran & Dasar Bantu yg disebutkan adalah tidak tepat krn syrkt inusran ditubuhkan atas dasar perniagaan yg ingin untung bukan dasar bantu membantu. Ia berbeza dgn insuran ta'awuni yg dihalalkan Islam (akan disebutkan selepas ini).

Demikianlah hujjah utama kumpulan ulama' yg mengharamkan Insuran Jenis Perniagaan.



Ehsan daripada Sahabat:

RAMLI MOHD. TALIB
Wakil Takaful Bertauliah (WAS 20977)

No comments: