Wednesday, December 20, 2006

SUDAHKAH ANDA MERANCANG?


SUDAHKAH ANDA MERANCANG?



Rakyat perlu minimum RM380,000 untuk bersara selesa



KUALA LUMPUR 8 April – Di negara-negara seperti Singapura di mana para pengguna percaya mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM3.8 juta hingga RM7.6 juta untuk bersara dengan selesa, sementara banyak rakyat Malaysia percaya mereka memerlukan kurang daripada itu, menurut kaji selidik terbaru setengah tahunan Ideal Asia MasterCard International.

Kira-kira 41 peratus rakyat Malaysia percaya mereka boleh bersara dengan selesa dengan mempunyai RM380,000 hingga RM1.14 juta, kata kajian itu lagi.

Kajian Ideal Asia itu turut mengkaji bagaimana rakyat Malaysia dan pengguna-pengguna di 13 pasaran Asia/Pasifik lain merancang dan melihat persaraan mereka. Ia meliputi temu bual dengan sejumlah 5,386 pengguna atau purata 400 responden setiap pasaran.

MasterCard berkata secara keseluruhan, sesuku daripada responden di dalam kaji selidik itu memerlukan RM380,000 - RM1.14 juta untuk bersara dengan selesa manakala 15 peratus percaya RM1.14 juta hingga RM1.9 juta perlu bagi persaraan yang senang.

MasterCard berkata, 37 peratus daripada rakyat Malaysia akan berhenti sama sekali jika mereka mempunyai RM380,000-RM1.14 juta diperuntukkan sebagai nafkah persaraan mereka.

Ia juga berkata 38 peratus daripada rakyat Malaysia percaya angka RM380,00-RM1.14 juta mungkin mencukupi untuk menggembirakan mereka. Katanya, jumlah purata yang diketepikan setiap bulan bagi dana pencen oleh rakyat Malaysia adalah RM380 atau kurang, yang adalah sama dengan pasaran-pasaran lain di rantau ini.

Bagaimanapun, Singapura adalah terkecuali kerana mereka menabung purata RM2,850 hingga RM3,800 sebulan kerana dana pencen mereka, tambahnya.



(sumber: 8 April 2003, Berita Harian)



p/s:

Ramai orang yang tidak mengetahui bahawa skim takaful juga menyamai peranan KWSP yang antara lain membuat perancangan tabungan pada masa tua anda selain memiliki manfaat yang lebih komprehensif.

Lebih ramai lagi yang tidak tahu SKIM SIMPANAN, PELABURAN & PERLINDUNGAN PRIMA adalah skim simpanan secara ISLAM yang paling diminati sekarang oleh rakyat Malaysia.

(ihsan drpd)
RAMLI MOHD. TALIB (WAS20977)

Hubungi saya untuk maklumat susulan
ahmad fahmi mustamir 0172993752

No comments: