Wednesday, December 20, 2006

TAKAFUL - PILIHAN MENEPATI SYARAK.

Takaful Nasional Sebagai Pilihan
TAKAFUL - PILIHAN MENEPATI SYARAK.


Takaful adalah berlandaskan kepada syariah Islam. Ianya tidak melibatkan unsur-unsur seperti perjudian, ketidakpastian dan riba. Kejayaan sistem insurans konvesional pada tahun-tahun sebelum ini tidak membawa apa-apa erti kepada umat Islam kerana sifatnya yang tidak menepati kehendak islam. Walaubagaimana pun, oleh kerana pada suatu ketika dahulu, pada masa takaful belum diwujudkan lagi, sesetengah ulama' berpendapat bahawa penyertaan ke dalam sistem insurans konvensional adalah darurat.

Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 pada 15-16 Februari 1979, mengambil keputusan seperti berikut;

Insuran nyawa (Life Insurance) sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;

Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
Mengandungi unsur judi.
Mengandungi muamalah riba.

Tetapi, dengan wujudnya sistem insurans Islam (takaful), penyertaan ke atas sistem insurans konvensional tidak lagi danggap darurat dan hukumnya haram. Sebagai umat Islam yang cintakan agama, kita perlu menilai perkara- perkara yang tertentu agar ianya tidak bercanggah dengan agama Islam itu sendiri.

AKTIVITI MUAMALAT ISLAM
Insurans adalah termasuk salah satu daripada sistem perniagaan atau jual beli. Walaubagaimanapun, sistem muamalat Islam menggariskan perkara-perkara yang perlu dipatuhi seperti tiadanya unsur judi, riba, ketidakpastian, adanya akad, tidak menekan ke atas orang lain dan sebaginya. Wujudnya sistem perniagaan hari ini kebanyakkannya berdasarkan kepada sistem kapitalis dan sosialis. tujuan utama bagi perniagaan seperti ini adalah semata-mata mendapatkan keuntungan tanpa mengambilkira samada ianya menyebabkan orang lain tertindas atau tidak. Sistem perbankan misalnya, mangamalkan kaedah riba yang ternyata tidak berlandaskan hukum Islam. Sistem perniagaan yang diwujudkan berlandaskan Islam seperti Bank Islam, Tabung Haji, pajak gadai Islam, Mudharabah, pinjaman secara Islam dan pelaburan yang berasaskan Islam seperti amanah saham Islam, kaunter syariah di BSKL dan sebagainya, menunjukkan potensi perkembangan sistem muamalat Islam di negara ini semakin memberangsangkan, Justeru, sokongan padu daripada masyarakat Islam adalah aset penting dalam membangunkan ekonomi Islam itu sendiri, dan dengan itu, dapat menyakinkan masyarakat bukan Islam untuk sama-sama menyertai sistem perniagaan yang berlandaskan Islam.

UNSUR DAKWAH ISLAMIAH
Sebagai umat Islam, kita seharusnya memperkembangkan pengetahuan berkenaan Islam kepada masyrakat bukan Islam. Sebagai langkah pertama, seharusnya kita menggunapakai produk-produk Islam dan kemudian (setelah berpuashati) mencadangkan produk tersebut kepada mereka dan niatlah bahawa itu adalah sebahagian usaha dakwah kita di dalam menegakkan agamaNya. InsyaAllah mendapat keberkatanNya.


Istilah Takaful
Makna Takaful
Tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

· · Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

· · Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".

Tujuan Takaful
Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

· · Menjaga kebajikan sosial

· · Mewujudkan keharmonian sosial

· · Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune many compensate the unfortunate few".

Ciri - Ciri Takaful
Tiada unsur riba'Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir (judi)Ada tabarru' (derma ikhlas)Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)Akad yang dipersetujui.

· · Tiada unsur riba]

· · Tiada unsur maisir (judi)

· · Tiada unsur gharar

· · Ada perkongsian untung (Al-Mudharabah)

Konsep Tabarru'
Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful Nasional berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.

· · Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri

· · Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu.

· · Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans.

· · Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.

· · Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.

· · Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.

· · Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Nasional bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.

· · Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')

· · Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.

· · Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.

Konsep Al Mudharabah
Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.

· · Mudharabah bermaksud perkongsian untung

· · Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang.

· · Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.

· · Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.

· · Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga

· · Mudharabah dibenarkan oleh agama

· · Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.

· · Pembahagian secara mudharabah lebih adil.

· · Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.

· · Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.

KEPERLUAN TAKAFUL
· · Insan selalu terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran, dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kerugian dan pengurangan nilai.

· · Jenis dan tahap risiko berbeza-beza dari segi nilai mendapatkan semula.

· · Risiko atau musibah itu tidak pasti bila akan terjadi.

· · Untuk mendapatkan semula keadaan asal Insan perlu berusaha atau berikhtiar menyediakan bantuan.

· · Sistem atau saluran bantu membantu dianjurkan dan digalakkan oleh agama.

· · Sistem Takaful boleh meringankan beban risiko dan menyambung aktiviti harian.

· · Hanya sistem takaful yang ramai dapat membantu yang ditimpa musibah.

· · Sistem takaful menguntungkan.

No comments: